Wasiyyah Tawar Peluang Niaga

utusan ler

ngeeeee

PENGURUSAN Wasiyyah Shoppe meraikan para perundingnya pada Konvensyen Wasiyyah Shoppe 2014 yang diadakan di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

KUALA LUMPUR 20 Feb. – Wasiyyah Shoppe Sdn. Bhd., syarikat pakar di dalam pengurusan dan perancangan harta pusaka di Malaysia, menyasarkan penambahan 800 orang perunding baharu pada tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Azrin Sabirin berkata, pihaknya komited dalam usaha melahirkan usahawan profesional di dalam industri perancangan dan pengurusan harta pusaka Islam di Malaysia dan merupakan satu-satunya syarikat di dalam industri perancangan harta pusaka Islam yang berorientasikan keusahawanan.

Wasiyyah Shoppe ujarnya, adalah berdaftar sebagai syarikat Bumiputera berprestasi tinggi di dalam program Teras Unit Peneraju Agenda Bumiputera ( TERAJU ) Jabatan Perdana Menteri dan juga berdaftar di bawah Akta Francais.

Menurutnya, keistimewaan Wasiyyah Shoppe ialah kerana modul latihannya unik dan komprehensif dan ia dibangunkan hasil pengalaman 10 tahun Wasiyyah Shoppe di dalam industri.

“Kami berbangga kerana hasil kerja kuat tanpa jemu kami selama 10 tahun, Wasiyyah Shoppe hari ini telahpun berjaya melahirkan perunding yang berpendapatan lima angka,” katanya dalam kenyataan di sini baru-baru ini.

Terbaharu, syarikat itu memberi 19 Anugerah penghargaan kepada para perundingnya melalui Konvensyen Wasiyyah Shoppe 2014, di atas kecemerlangan mereka membantu umat Islam merancang harta pusaka melalui kaedah Hibah, Wasiat, Harta Sepencarian dan Amanah.

Mohamad Akmal Mohamad telah diisytiharkan sebagai pemenang Anugerah Khalifah 2014 iaitu anugerah tertinggi di dalam konvensyen ini.

Azrin berkata, oleh kerana permintaan yang sangat tinggi dari seluruh Malaysia untuk perkhidmatannya, Wasiyyah Shoppe melancarkan kempen untuk menarik lebih ramai individu yang berminat untuk bersama-samanya berdakwah di dalam bidang harta pusaka Islam ini di seluruh negara.

Wasiyyah Shoppe menawarkan peluang keusahawanan unik ini kepada sesiapa sahaja individu Islam yang berminat untuk menyertainya tanpa mengira latar belakang pendidikan dan pengalaman dengan melayari laman web wasiyyahshoppe.com.my.

“Kami tidak mengambil kira latar belakang pendidikan dan pekerjaan dalam menerima permohonan sebagai perunding kerana syarat utama kami ialah individu itu mestilah berminat untuk menolong orang Islam di dalam merancang dan mengurus harta pusaka secara Syariah.

“Mereka tidak perlu bimbang kerana modul latihan Wasiyyah Shoppe akan membantu mereka menguasai ilmu pewarisan harta ini dengan mudah.” jelas Azrin.