Jana Pendapatan Ribuan Ringgit Melalui Program #Youcanduit MDeC

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, pada hari semalam, sabtu, team Denaihati Network telah ke Majlis Pelancaran Karnival Minda yang diadakan di Kuching Waterfront. Pelancaran yang dilakukan oleh Perdana Menteri kita, Dato Seri Najib telah berjalan dengan meriah dan karnival di hadiri oleh ramai penduduk sekitar.

Optimized by JPEGmini 3.12.0.8 0x541b39db
u can do it

Selesai pelancaran MINDA, Dato Seri Najib telah ke tapak pameran Multimedia Development Corporation (MDeC) untuk bersama-sama mendengar dan melihat mengenai program #YouCanDuit yang telah diwujudkan sejak jun 2015. Program ini terbahagi kepada dua program iaitu eRezeki dan juga eUsahawan.

Optimized by JPEGmini 3.12.0.8 0x541b39db

Beberapa peserta yang telah berjaya menjana ribuan ringgit sebulan melalui program #YouCanDuit ini telah hadir untuk menerima hadiah kerana telah mengungguli kategori cabaran yang telah disediakan.

2

Program eUsahawan yang telah diwujudkan lebih 6 bulan yang lalu ini, telah berjaya membantu begitu ramai usahawan baru yang boleh berjual beli dengan menggunakan platform online. Program bimbingan keusahawanan ini memberikan pendedahan kepada para peserta bagaimana untuk menjalankan perniagaan online dengan teratur.

Setakat ini, lebih 4000 peserta telah menyertai program ini dan jumlah transaksi pendapatan yang telah terkumpul setakat ini adalah sebanyak RM5 juta.

Optimized by JPEGmini 3.12.0.8 0x88155d6d
Pelajar-pelajar yang berjaya menjana ribuan ringgit dengan program eUsahawan

Program eUsahawan ini dijalankan dengan kerjasama institusi Technical and Vocational Education and Training (TVET) di seluruh Malaysia. Inisiatif MDeC untuk menjadikan program ini sebagai latihan mikro ekonomi bagi membolehkan para pelajar dan belia untuk menceburi bidang perniagaan dengan lebih teratur dan dibimbing dengan baik.

Salah seorang daripada peserta eUsahawan ini; Wani menyatakan

“saya hanya menguruskan perniagaan saya dari jam 5.00petang hingga 8.00 malam, iaitu sekitar 3 jam sehari, dan sehingga harini, purata pendapatan sebulan saya adalah sekitar RM3000 sebulan“

Ini merupakan peluang yang baik kepada pelajar-pelajar di luar sana untuk menjana pendapatan dengan perniagaan online melalui program eUsahawan ini. Pihak Denaihati Network sempat menebual semua peserta yang telah berjaya ini, kami akan kongsikan kisah kejayaan mereka dalam artikel yang berlainan.

Program eRezeki MDeC

Selain itu, terdapat satu lagi program yang diberi nama eRezeki di bawah kempen #YouCanDuit oleh pihak MDeC. Program eRezeki ini membolehkan sesiapa sahaja yang mempunyai talian internet untuk berdaftar dan menjana pendapatan melalui pelbagai tugasan yang disediakan oleh platform eRezek ini.

5

Setakat ini, eRezeki telah mempunyai lebih 15,000 peserta dari seluruh negara dan menjana pendapatan sambilan keseluruhan sehingga RM12 Juta. Tugasan-tugasan dan latihan bagaimana untuk melakukan tugasan tersebut disediakan melalui platform eRezeki ini.

Bahkan terdapat peserta-peserta yang telah berumur tetapi masih mampu untuk menjalankan program eRezeki ini dari rumah. Pendapatan tambahan dari ratusan ringgit hingga ribuan ringgit dapat diperolehi hanya dengan melakukan tugasan dalam eRezeki ini secara sambilan.

Sekiranya anda berminat untuk menambah pendapatan sampingan, bolehlah mendaftar diPortal eRezeki »

Merakyatkan Ekonomi Digital

Tujuan utama kempen #YouCanDuit melalui program eUsahawan dan eRezeki ini adalah untuk merakyatkan ekonomi digital. Bermaksud, semua rakyat mampu dan boleh untuk menjana pendapatan dan meningkatkan ekonomi peribadi menggunakan platform digital ini.

Dalam dunia teknologi ini, peluang untuk menambah pendapatan melalui platform digital amatlah luas, sekiranya kita tidak mengambil peluang ini, kita telah kerugian satu peluang yang sangat bernilai.

Tahniah diucapkan kepada pihak Malaysian Development Corporation (MDeC) kerana mengusahakan program yang akan memberi manfaat kepada ramai rakyat di Malaysia.