BzBee Firma Komunikasi Pemasaran Unggul

JADI PILIHAN SYARIKAT TEMPATAN DAN ANTARABANGSA

Firma komunikasi pemasaran terkemuka,bzBee Consult Sdn Bhd (bzBee) milik bumiputera , ditubuhkan oleh Pengarah Urusan , Mohd Said Bani CM Din pada tahun 2010. Seterusnya agensi ini berkembang dan menjadi salah satu pilihan utama di negara ini.

Mohd Said Bani yang mempunyai latar belakang dan pengalaman luas dalam bidang Komunikasi dan Perundangan menjadikan bzBee sebagai agensi perkhidmatan komunikasi dan media, hubungan kerajaan dan sektor awam , pengurusan pihak berkepentingan, pengurusan acara, perkhidmatan pemasaran bersepadu dan penjenamaan.

Pendekatan utama bzBee mementingkan keupayaan budaya saing dan sentiasa menyesuaikan peranan syarikat bagi memenuhi kehendak serta keperluan pelanggan dan pasaran masa kini.

“Sejajar dengan peranan bzBee sebagai organisasi perkhidmatan komunikasi permasaran, kami mengutamakan kepuasan setiap pelanngan, termasuk langkah penyelesaian isu-isu yang melibatkan pelanggan. Kami menitikberatkan kualiti perkhidmatan yang ditawarkan dan memastikan ia sentiasa standing dengan syarikat perundingan multinasional dan bertaraf dunia,” katanya.

Tidak hairanlah, walaupun belum sedekad dalam industry ini, bzBee menerima anugerah daripada pelbagai pihak. Pengiktirafan ini hasil daripada kerja keras bzBee bagi memoerkukuhkan daya saing, sentiasa memperbaiki kualiti perkhidmatan serta pendekatan yang menitikberatkan inovasi dalam pengurusan pelanggan.

Malah, dalam jangka masa yang singkat, bzBee terus memperluaskan perkhidmatannya dari sebuah agensi perhubungan awam kepada syarikat komunikasi dan pemasaran yang bersepadu termasuklah pengurusan acara, penjenamaan, perkhidmatan atas talian dan media sosial, kreatif dan pengiklanan. Terbaharu, bzBee juga menebarkan sayapnya dalam bidang latihan, pembangunan skil serta pendidikan.

Sentuhan Mohd Said Bani juga merangkumi pelbagai bidang antaranya penubuhan Batique, butik yang menyediakan fesyen kontemporari berlandaskan batik, Baybees & Todds adalah sebuah syarikat menyediakan perkhidmatan dan produk berkaitan bayi dan kanak-kanak dan juga sedang mempertimbangkan penubuhan Akademi bzBee iaitu sebuah institusi pengajian tinggi swasta dalam bidang komunikasi secara menyeluruh, pada masa akan datang.

Mohd Said Bani optimis bidang perhubungan awam, komunikasi dan pemasaran mempunyai potensi besar yang boleh diterokai.
“Mainan persepsi adalah sesuatu yang boleh menaikkan atau menjatuhkan sesebuah organisasi. Di sinilah terletaknya peranan pakar perhubungan awam dan komunikasi. Namun, kita harus menyakinkan syarikat mengenai pentingnya perkhidmatan komunikasi strategic secara menyeluruh yang bukan sekadar diperlukan apabila menghadapi masalah persepsi,” katanya.